Penulisan karangan di kalangan pelajar aliran sains didapati mantap dari segi gaya bahasa pada keseluruhannya. Kehadiran gaya bahasa dalam karangan pelajar aliran sains adalah lebih banyak berbanding karangan pelajar aliran sastera. Pelajar dalam kategori aliran sains mempunyai tendensi untuk menulis gaya bahasa dalam kebanyakan situasi atau konteks penulisan ayat. Pelajar berjaya memproses informasi/maklumat yang telah dipelajari sejak kecil lagi yang tersimpan sekian lama dalam tahap bawah sedar minda pelajar. Apabila pelajar mengingat semula maklumat melalui pemerosesan informasi, maka mereka agak mudah mencungkil maklumat yang relevan dengan tajuk karangan. Pelajar mengaplikasi kemahiran mengingat maklumat untuk menulis karangan yang baik. Karangan yang baik bergantung kepada penggunaan gaya bahasa yang padat dengan unsur-unsur seperti peribahasa, simpulan bahasa, kiasan, ungkapan, perumpamaan, simili, perbandingan, pantun, slogan dan sebagainya.
Penggunaan gaya bahasa ini adalah sesuai dalam konteks perbincangan isi dan huraian. Ia dapat memandu pelajar untuk terus memperkayakan khazanah bahasa dan sastera. Penggunaan gaya bahasa seperti ungkapan, slogan, moto, perbandingan dan kata-kata Inggeris dalam karangan, ini jelas mempamerkan betapa seriusnya seseorang itu dapat mencungkil ilmu pengetahuan lampau dan informasi yang telah dipelajari melalui pengalaman sejak kecil lagi daripada memori jangka panjang semasa memikir dan merancang penulisan karangan.Gaya bahasa dapat memahirkan gaya kepengarangan pelajar melalui penulisan karangan. Apabila seseorang itu menghuraikan isi dalam perenggan tertentu, maka adalah wajar untuk mereka mengetengahkan kecenderungan kemahiran berbahasa dalam proses penulisan karangan.Contohnya,’Rajin Membaca Pasti Berjaya’,Laungan ’MERDEKA, terjerumus ke lembah yang penuh dengan kegelapan,remaja senior, remaja junior,‘Ilmu manusia itu hanya diibaratkan jarum yang dibenam ke laut dan air yang terletak pada jarum itulah nilainya ilmu manusia sedangkan masih banyak lagi isipadu air yang di lautan’ dan sebagainya
0 comments:
Post a Comment