Terdapat juga gaya bahasa dalam penulisan terutamanya karangan .Di sekolah pelajar berjaya menulis gaya bahasa, khususnya peribahasa dan simpulan bahasa yang berulang-ulang dan kerapkali dalam karangan jenis surat kiriman tidak rasmi.kewujudan gaya bahasa(peribahasa/simpulan bahasa)dalam karangan jenis surat kiriman tidak rasmi.
Penggunaan gaya bahasa terutamanya peribahasa dan simpulan bahasa berjaya diaplikasi oleh pelajar dalam penulisan karangan jenis surat kiriman tidak rasmi. Pada keseluruhannya, gaya bahasa seperti ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, ‘seperti katak di bawah tempurung’, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, seperti nasi menjadi bubur’, ‘mencurah air ke daun keladi’, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’, ‘sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna’, ‘sampah masyarakat’, dan ‘mati katak’. Kesemua gaya bahasa yang digunakan amat sesuai untuk mengetengahkan tajuk karangan yang mahukan pelajar untuk membincangkan masalah remaja kepada sahabatnya melalui format karangan jenis surat kiriman tidak rasmi. Jika dikaji, kesemua gaya bahasa yang diulang-ulang oleh kebanyakan pelajar di kesemua 14 buah sekolah (kecuali pelajar SMK Jelutong) jelas membuktikan pemerosesan informasi adalah sejajar dengan aspirasi sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Pelajar dapat memproses maklumat yang telah lama dipelajari, sejak dari sekolah rendah lagi sehinggalah di peringkat tingkatan 4 sekarang.
1 comments:
Post a Comment