BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 19, 2010

Pengenalan

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.


        Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

           Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

           Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
  
      

Gaya Bahasa Dalam Penulisan Karangan Aliran Sains

        Penulisan karangan di kalangan pelajar aliran sains didapati mantap dari segi gaya bahasa pada keseluruhannya. Kehadiran gaya bahasa dalam karangan pelajar aliran sains adalah lebih banyak berbanding karangan pelajar aliran sastera. Pelajar dalam kategori aliran sains mempunyai tendensi untuk menulis gaya bahasa dalam kebanyakan situasi atau konteks penulisan ayat. Pelajar berjaya memproses informasi/maklumat yang telah dipelajari sejak kecil lagi yang tersimpan sekian lama dalam tahap bawah sedar minda pelajar. Apabila pelajar mengingat semula maklumat melalui pemerosesan informasi, maka mereka agak mudah mencungkil maklumat yang relevan dengan tajuk karangan. Pelajar mengaplikasi kemahiran mengingat maklumat untuk menulis karangan yang baik. Karangan yang baik bergantung kepada penggunaan gaya bahasa yang padat dengan unsur-unsur seperti peribahasa, simpulan bahasa, kiasan, ungkapan, perumpamaan, simili, perbandingan, pantun, slogan dan sebagainya.

           
         Penggunaan gaya bahasa ini adalah sesuai dalam konteks perbincangan isi dan huraian. Ia dapat memandu pelajar untuk terus memperkayakan khazanah bahasa dan sastera. Penggunaan gaya bahasa seperti ungkapan, slogan, moto, perbandingan dan kata-kata Inggeris dalam karangan, ini jelas mempamerkan betapa seriusnya seseorang itu dapat mencungkil ilmu pengetahuan lampau dan informasi yang telah dipelajari melalui pengalaman sejak kecil lagi daripada memori jangka panjang semasa memikir dan merancang penulisan karangan.Gaya bahasa dapat memahirkan gaya kepengarangan pelajar melalui penulisan karangan. Apabila seseorang itu menghuraikan isi dalam perenggan tertentu, maka adalah wajar untuk mereka mengetengahkan kecenderungan kemahiran berbahasa dalam proses penulisan karangan.Contohnya,’Rajin Membaca Pasti Berjaya’,Laungan ’MERDEKA, terjerumus ke lembah yang penuh dengan kegelapan,remaja senior, remaja junior,‘Ilmu manusia itu hanya diibaratkan jarum yang dibenam ke laut dan air yang terletak pada jarum itulah nilainya ilmu manusia sedangkan masih banyak lagi isipadu air yang di lautan’ dan sebagainya


      

        

Thursday, October 14, 2010

Gaya Bahasa Berpidato

GAYA LISAN
      

         Gaya lisan merupakan kualitas berbicara yang jelas dibedakan dengan bahasa tulisan. Susunan kata dan tata bahasa yang Anda gunakan tidak dapat berbicara persis seperti yang Anda tulis. Berdasarkan pengamatan sejumlah tulisan dan pengamatan dari ebebrapa peneiti, De Vito (1965, 1990a) menyatakan bahwa pada umumnya bahasa lisan terdiri dari kata-kata yang lebih sederhana, lebih pendek, dan lebih populer daripada kata-kata dalam bahasa tulisan. Bahasa lisan mengandung sejumlah besar istilah referensi sendiri, ungkapan, istilah yang kuantitatif semu (misalnya banyak, sangat, berbagai, sejumlah), lebih banyak mengandung pernyataan yang menyatukan pembicara sebagai bagian dari pengamatan, dan lebih banyak menggunakan kata benda daripada kata keterangan. Sebagaian besar gaya berbicara ini harus dipertahankan di dalam pembicaran di depan umum, namun harus diberikan polesan gaya yang diperkirakan cocok untuk keperluan bericara dan paling efektif dalam mengomunikasikan maksud kepada khalayak pendengar.

Berikut ini pedoman dalam menyusun pidato dalam rangka menghasilkan gaya lisan yang memperhatikan kesempurnaan dan persuasif:
1. kita bicarakan dahulu bagaimana memilih kata untuk mencapai gaya pidato yang efektif.
2. kita akan mengupas beberapa saran dalam menyusunm gaya kalimat yang memberikan kejelasan dan penguatan.

PILIHAN KATA
     
     Dalam berpidato hendaklah memilih kata dengan seksama yang lebih menguraikan, lebih gamblang, lebih sesuai, lebih personal, dan lebih menguatkan.
Uraian dalam gaya bericara harus merupakan tujuan utama dalam berpidato. Berikut pedoman untuk membuat pembicaran yang lebih jelas.
1. yang ringkas, contoh warnanya biru, pukul 21.00 malam hari
2. gunakan istilah dan angka spesifik, contoh lebih baik katakan anjing daripada makhluk hidup
3. gunakan ungkapan yang memandu contoh pendapat saya berikutnya adalah …, coba kita perhatikan bagaimana cara.
4. gunakan istilah pendek, populer, dan umum, contoh lebih baik mengatakan menggali daripada mengorek keterangan
5. gunakan ulangan dan ringkasan internal
6. yang gamblang
7. gunakan kata kerja aktif, contoh lebih baik manajemen menemui kita besok daripada manajemen akan berada di sini besok.
8. gunakan teknik berpidato, perhatikan aliterasi, hiperbola, metafora, metonimi, personifikasi, pertanyan retorik, dan simile
9. gunakan indera, rangsang indera perasaan khalayak
10. indera penglihatan, dalam menguraikan obyek ciptakan bayangan seolah-olah khalayak melihatnya mulai visualisasi tinggi, berat, warna, berntuk, besaran
11. indera pendengaran, rangsang khalayak untuk menguraikan bunyi, misal angin mendesisi, teriakan guru
12. indera perasa, gunakan istilah yang merangsang perasaan pendengar, misal halusnya kulit bayi yang baru lahir, kasarnya kertas ampelas
13. kesesuaian, mengikuti pedoman untuk membantu memilih bahasa yang sesuai
14. berbicara pada formalitas yang sesuai, misalnya ucapkan takkan daripada tidak akan
15. hindari kata asing, jargon, kata teknis, dan singkatan. Memang beberapa singkatan tak asing bagi pendengar, namun harus hati-hati karena tidak semua pendengar paham. Oleh sebab itu, penggunaan singkatan harus diikuti oleh penjelasan artinya.
16. hindari siang dan ungkapan vulgar, tidak boleh menyinggung perasaan pendengar
17. hindari istilah dan ungkapan yang ofensif, misal lebih baik menyebut pemain drama daripada dramawan
18. gaya personal, lebih baik pembicara yang bericara dengan mereka daripada berbicara kepada mereka
19. gunakan kata ganti orang, misal lebih baik ia, saya, anda daripada seseorang
20. pertanyaan langsung ke khalayak, mengajak pendengar untuk menjadi bagian acara dari pembicaraan
21. ciptakan kesiapan, lebih baik mengatakan Anda akan menyukai membaca… daripada Setiaporabg akan menyukai membaca…
22. penguatan, dengan mengendalikan perhatian, pikiran dan perasaan khalayak, dengan bahasa yang menguatkan
23. hilangkan yang melemahkan, misalnya rasanya, menurut pendapat saya
24. hindari kata umum dan klise, misalkan saya tidak mengetahui seni modern, tetapi saya tahu apa yang saya sukai atau ungkapan klise seperti manis seperti madu
25. mainkan intensitas suara dengan derajat inetnsitas gaya yang berbeda-beda untuk menciptakan suasana yang mendalam
PEMBENTUKAN KALIMAT
Pidato yang efektif memerlukan perhatian khusus dalam pembentukan kalimat. Berikut ini beberapa pedomannya.
1. pilih kalimat pendek
2. pilih kalimat langsung, misalnya lebih baik mengatakan Kita tidak usah menerima rancangan … saya tunjukkan kepada Anda tiga alasan daripada Saya ingin memberitahu Anda mengenai tiga alasan mengapa kita tidak perlu menerima rancangan …
3. pilih kalimat aktif, lebih baik mengatakan Manajemen menyetujui proposal itu daripada Proposalnya disetujui oleh manajemen
4. gunakan kalimat yang positif, lebih baik mengatakan kami menolak proposal itu daripada kami tidak menerima proposal itu
5. variasi jenis dan panjang kalimat.Kalimat harus pendek, langsung, aktif, dan positif memang benar, namun terlalu banyak kalimat yang jenis dan panjangnya sama akan terasa membosankan.

Thursday, October 7, 2010

Gaya Bahasa Dalam Penulisan Karangan


        Terdapat juga gaya bahasa dalam penulisan terutamanya karangan  .Di sekolah pelajar berjaya menulis gaya bahasa, khususnya peribahasa dan simpulan bahasa yang berulang-ulang dan  kerapkali dalam karangan jenis surat kiriman tidak rasmi.kewujudan gaya bahasa(peribahasa/simpulan bahasa)dalam karangan jenis surat kiriman tidak rasmi.


        Penggunaan gaya bahasa terutamanya peribahasa dan simpulan bahasa berjaya diaplikasi oleh pelajar dalam penulisan karangan jenis surat kiriman tidak rasmi. Pada keseluruhannya, gaya bahasa seperti ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, ‘seperti katak di bawah tempurung’, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, seperti nasi menjadi bubur’, ‘mencurah air ke daun keladi’, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’, ‘sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna’, ‘sampah masyarakat’, dan ‘mati katak’. Kesemua gaya bahasa yang digunakan amat sesuai untuk mengetengahkan tajuk karangan yang mahukan pelajar untuk membincangkan masalah remaja kepada sahabatnya melalui format karangan jenis surat kiriman tidak rasmi. Jika dikaji, kesemua gaya bahasa yang diulang-ulang oleh kebanyakan pelajar di kesemua 14 buah sekolah (kecuali pelajar SMK Jelutong) jelas membuktikan pemerosesan informasi adalah sejajar dengan aspirasi sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Pelajar dapat memproses maklumat yang telah lama dipelajari, sejak dari sekolah rendah lagi sehinggalah di peringkat tingkatan 4 sekarang. 
          
               
   

           

      

        

Monday, October 4, 2010

kesimpulan

            Gaya bahasa dilihat sebagai khazanah pemikiran masyarakat yang harus diberi perhatian oleh setiap warga di sekolah. Gaya bahasa juga dianggap sebagai warisan bahasa pertuturan dan penulisan yang efektif. Dalam pada itu, penampilan gaya bahasa merupakan ciri-ciri budaya masyarakat orang Melayu di rantau ini yang membawa identiti tersendiri dalam pengekalan status sosiobudaya yang kaya dengan nilai dan norma masyarakat yang tiada tolok bandingannya.