BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 22, 2010

Maksud gaya bahasa

  • Gaya bahasa bermaksud cara mengungkap sesuatu perkataan melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan keperibadian pengarang dan pemakaian bahasa.Selain itu,gaya bahasa merupakan bentuk retorik,iaitu penggunaan kata-kata dalam berbicara dan menulis untuk menyakinkan atau mempengaruhi  pembaca.Ssesetengah gaya bahasa bermaksud cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengarang untuk memperkenalkan tema,persoalan,latar cerita dan pelbagai aspek,terutamanya dalam sesebuah novel.
  • Antara aspek-aspek yang terkandung dalam gaya bahasa termasuklah diksi atau pemilihan kata,penggunaan ayat,dan unsur-unsur yang terkandung dalam bahasa iaitu simile,personafikasi,perkataan pinjaman,metafora,simbolik,penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa,inversi dan lain-lain

Tuesday, September 21, 2010

Jenis-jenis Gaya Bahasa

  1. Aliterasi 
  • Gaya bahasa yang berwujudkan pengulangan konsonan pada suatu atau beberapa kata
  • Contohnya :-
                                     Keputusan  peperiksaan kakak sungguh mengecewakan ibu.

     2.    Asonansi
  • Gaya bahasa yang berwujud pengulangan vokal pada suatu atau beberapa kata.
  • Contahnya :-
                                    Wajah Noorrita kemerahan-merahan apabila 
                                    dipersendakan temannya.

     3.    Perumpamaan atau Simile
  • Perbandingan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi  dianggap sama.
  • Gaya bahasa ini ditandai dengan pemakaian kata:-            seperti,sebagai,ibarat,umpama,bak,laksana,serupa.
  • Contohnya :-
                                    Cantik laksana bidadari.

     4.     Metafora
  • Gaya bahasa perbandingan yang membandingkan dua hala secara implisit
  • Contohnya :-
                                     Aku adalah burung yang terbang bebas.

     5.      Personifikasi atau Penginsanan
  • Gaya bahasa yang mengambarkan sifat-sifat manusia atau insani kepada barang atau benda yang tidak bernyawa atau pada yang abstrak
  • Contohnya :-
                                       - Dedaun kelapa itu melambai-lambai.
                                       - Cerita itu menaikkan bulu romaku.

     6       Dipersonifikasi atau Perbendaan
  • Gaya bahasa yang mengambarkan sifat-sifat benda tidak bernyawa kepada manusia atau insani.
  • Gaya bahasa ini ditandakan dengan pemakaian kata :- jikalau,seumpama,sekiranya,bila,kalau atau sejenisnya dan lain-lain
  • Contahnya :-
                                      - Kalau engkau jadi bunga,aku jadi tangkainya.
                                      - Sekiranya kau langit,aku buminya.

     7.      Antitesis
  • Gaya bahasa yang mengandung gagasan-gagasan yang bertentangan,dinyatakan dengan kata-kata yang berlawanan
  • Contohnya :-
                                          Dia  tertawa di atas penderitaan orang lain.

     8.      Hiperbola
  • Gaya bahasa yang mengandungi penyataan yang melebih-lebihkan baik jumlah,ukuran,ataupun sifatnya dengan tujuan untuk menekankan,memperhebat,meningkatkan kesan dan pengaruhnya
  • Conyohnya :-
                                       Angkatlah pandang matamu
                                       ke swarga loka
                                       ke sejuta lilin alit
                                       yang gementar
     9.      Sinisme
  • Gaya bahasa sindiran atau ejekan yang kasar
  • Contohnya :-
                                   
                                  - Jijik aku melihat telatahnya.
                                  - Muntah aku melihat muka si Minah gemuk itu.

     10.      Litotes
  • Gaya bahasa yang berupa penyataan yang bersifat mengecilkan kenyataa yang sebenarnya
  • Contahnya :- 
                                Apa yang kami berikan memang  tidak bererti bagimu.

      11.      Eufemisme
  • gaya bahasa ungkapan yang lebih halus sebagai penganti ungkapan yang dikatakan kasar dan lebih menyinggung atau tidak menyenangkan pembaca
  • Contohnya :- 
                               Lelaki itu mampus dilanggar lori tangki pada pagi tadi.(meninggal dunia)



      12.      Perifarasis
  • Penggunaan perkataan yang berlebihan (membazir) dan boleh digantikan dengan sepatah kata sahaja
  • Gya bahasa ini hampir sama dengan gaya bahasa eufimisme.
  • Contohnya:-
                                   Orang tua itu telah tidur dengan tenang dan beristirehat dengan damai buat
                                   selama-lamanya.(meninggal dunia)



      13.      Ironi
  • gaya bahasa yang bertujuan untuk menyatakan makna yang bertentangan atau berlawanan dengan keadaan yang sebenarnya.
  • Contohnya :-
                                  Wah,bersihnya bilik ini !sampah sarap bersepah,buku berselerakan,
                                   kain baju  bergantungan.
                               
    

      14.      Metonimia            
  • Menggunakan nama seseorang atau sesuatu barangan yang berkaitan erat denagn penonjolnya
  • Contohnya:-  
                                   Bayi kecil itu memakai Pampers
      
      15.     Alusi
  • Menunjukkan secara tidak langsung akan peristiwa atau ketokohan seseorang
  • Contohnya:-
                                  Encik Ghazali terkorban di dalam peristiwa Nadrah

      16.     Paralelisme
  • Memperlihatkan pergolongan dengan maksud yang serupa,sejajar atau seimbang
  • Contohnya:-
                                Baik penagih lelaki mahupun penagih wanita akan menerima
                                hukuman  yang setimpal jika disabitkan kesalahan memiliki
                                dadah dan  menggunakannya

     17.     Antonomasia
  • Gaya bahasa yang mengantikan nama diri dengan pangkat,jabatan atau gelarannya.
  • Contohnya:-
                                 Perdana menteri akan merasmikan Sekolah Kebangsaan Gamat
                                 Tengah itu.

     18.    Gradisi
  • Gaya bahasa yang mengandungi kata yang berurutan atau berulang-ulang bagi meninggalkan satu kesan pada teks.
  • Contohnya:-
                                   Aku  hulurkan cintaku padamu.Cinta yang bersih dan suci.Suci murni
                                   tanpa noda.Noda yang sering kujauhi dalam hidupku ini.Hidup yang sentiasa
                                   mengikuti perintah Tuhan.Tuhan maha pengasih lagi maha penyayang

     19.     Erotesis
  • Gaya bahasa yang berupa pertanyaan bagi meninggalkan suatu kesan,dan sama sekali tidak menuntut jawapan
  • Contohnya:-
                                  Apakah wajar anda mengikut nasihat rakan anda sekiranya
                                  dia menyuruh anda mengugurkan kandungan.

     20.     Paradoks
  • Gya bahasa yang mengandungi perkataan bertentangan dan berdasarkan fakta atau keadaan yang benar
  • Contohnya:-
                                Teman akrab adakalanya merupakan musuh yang membahayakan.

     21.     Paronimasia
  • Gaya bahasa yang mengisi perkataan yang sama bunyinya tetapi berlainan makna.
  • Contohnya:-
                                   Ibu menghantar adik ke pusat perubatan kerana pusat adik berdarah

     22.      Perumpamaan
  • Pemadanan kata yang bermaksud sama yakni penulis menyamakan sesuatu dengan keadaan.
  • Contohnya:-
                                      Cantiknya laksana bulan purnama.